Saya sering merasa penat dan letih dengan tugas harian,
dengan disertai berbagai masalah kehidupan megakibatkan perasaan tekanan dan
ketegangan.
Untuk boleh lepas dari
keadaan seperti ini kita perlu membagi waktu khusus guna melakukan senaman dan
berehat untuk mencari ketenangan, sehingga jiwa kita pun menjadi lebih ceria
dan bersemangat kembali. Sebagaimana tubuh yang memerlukan makanan dan
vitamin, jiwa manusia pun memerlukan kerehatan, ketenangan dan keceriaan.
Rasa gembira merupakan kesan
positif kejiwaan yang muncul di berbagai keadaan. Jiwa yang ceria merupakan hal
yang penting dalam menghilangkan pengalaman buruk yang tak mungkin dihindari
seperti kegagalan, kekecewaan, dan perasaan negatif lainnya. Perasaan gembira
boleh membantu kesehatan diri dan kembali pulih dan tenang.
Imam Ali bin Musa Al-Ridha
berkata, "Rekreasi dan permainan yang menghibur, boleh membantu kalian
mengatur hidup dan dengannya kalian akan lebih baik memperoleh kejayaan dalam
urusan duniawi."
Para psikologi kini meyakini
bahwa kegembiraan dan fikiran yang ceria berpengaruh penting dalam kehidupan
manusia. Begitu pentingnya keceriaan bagi manusia sehingga mampu menjadi ubat
sejumlah penyakit. Para psikologi percaya, pada abad terakhir ini, manusia
disibukkan dengan dirinya sendiri. Keceriaan bukan hanya boleh mencegah
sejumlah penyakit, tapi bahkan boleh membantu dalam perkembangan perniagaan.
Dalam ilmu kedoktoran, tertawa
dan gembira merupakan reaksi reflektif yang menyebabkan bergeraknya 15 otot
wajah secara tenang, dan mempercepat pernafasan serta peredaran darah sehingga
menambah adrenal darah. Kesan dari proses ini menimbulkan perasaan ceria dan
gembira dalam diri seseorang. Jika kehidupan manusia kosong dari rasa ceria,
nescaya ia akan mengalami derita yang amat berat lantaran beratnya tekanan
perasaan."
Menghapus rasa duka dan
menciptakan keceriaan merupkan hal yang cukup baik untuk diri sendiri maupun bagi
keluarga dan masyarakat. Kerana rasa duka dan ceria tidak hanya terbatas pada
pribadi manusia. Keceriaan dan kesedihan seorang manusia boleh berpengaruh juga
terhadap orang lain. Oleh kerana itu, kesedihan ataupun keceriaan seseroang
berpengaruh juga bagi orang lain di sekitarnya.
Sahabat yang dimuliakan,
Islam sebagai agama universal yang
memenuhi seluruh tuntutan jasmani dan rohani manusia mengajarkan bahawa jiwa
yang ceria merupakan hal yang perlu bagi kehidupan. Islam mengajarkan pula
kepada kita cara melahirkan keceriaan . Keceriaan yang kadang bermanfaat bagi
diri sendiri, dan kadang bermanfaat pula bagi orang lain.
Imam Ali bin Musa Al-Ridha as
menyatakan, "Waktu kalian terbagi dalam empat masa. Masa pertama untuk
bermunajat dan berdoa kepada Tuhan, masa kedua untuk mencari rezeki, masa
ketiga berinteraksi dan bergaul mesra dengan keluarga dan sahabat dan siapa
saja yang kalian percaya dan menyimpan aib kalian, dan masa keempat adalah
memperuntukkan masa untuk bersenang-senang. Manfaatkan sebaik-baiknya waktu
bersenang-senang kalian sehingga boleh membantu dalam menjalankan tugas dan
kewajiban kalian".
Salah satu faktor penyebab
kegembiraan adalah melihat dan menghayati alam semesta ciptaan Allah.
Menyaksikan pemandangan yang indah, warna-warni bunga yang mempesona,
pokok-pokok yang hijau, air terjun , gunung-gunung, dan keindahan alam lainnya
merupakan kenikmatan yang boleh mendatangkan rasa keceriaan dan kebahagiaan
hati.
Selain melihat keindahan alam semesta
dengan melakukan perjalanan (musafir) jua merupakan perkara positif yang
diajarkan Islam kepada umatnya.
Allah S.W.T. dalam kitab
sucinya al-Quran mengajak manusia untuk melakukan perjalanan ke berbagai
pelosok muka bumi, sehingga selain boleh mengambil pelajaran dari sejarah dan
umat-umat lainnya, juga boleh menikmati keindahan alam di negeri-negeri
lain.
Rasulullah S.A.W. dalam
hadisnya bersabda yang maksudnya : "Bermusafirlah supaya kalian
sehat".
Olahraga dan sukan juga boleh
mendatangkan keceriaan bagi jiwa manusia. Olahraga merupakan aktiviti
positif dan menggembirakan yang selalu ditegaskan oleh para ulama. Tentu saja,
jenis olahraga yang boleh memperkuat semangat ketenteraan dan mengajarkan
teknik bela diri lebih dianjurkan.
Rasulullah S.A.W. bersabda
maksudnya : "Hak seorang anak dari bapanya adalah mendapatkan pengajaran
cara menulis, berenang, dan memanah serta memperoleh rezeki hanya dari cara
yang halal".
Menghadiri acara-acara hiburan
yang tidak melalaikan seperti nasyid adalah satu cara boleh menghiburkan hati
dan menimbulkan rasa ceria separti menyambut hari-hari kebesaran umat Islam
atau majlis perkahwinan. Perlulah menjaga batas-batas pergaulan di antara
lelaki dan wanita
Islam melarang acara hiburan
dan pesta yang bercampur dengan laku maksiat dan hal-hal yang diharamkan. Yang
penting keceriaan dan kegembiraan yang positif boleh diperolehi dengan cara
menolong sesama kita untuk menjalankan kerja-kerja dakwah.
Menurut Islam keceriaan yang
sebenar hanya boleh diperoleh dengan cara menjalankan perintah agama dan
mengurangkan pergantungan terhadap dunia. Terikat dengan dunia dan
tenggelam dalam kehidupan kebendaan akan membuat manusia menjadi lalai dan
tamak. Manusia yang tamak tidak akan pernah puas dan hal inilah yang
menyebabkan rasa duka dan kesedihan. Oleh itu, manusia yang tidak terlalu
terikat dengan kehidupan duniawi, ia akan senantiasa tabah dalam menghadapi
segala ujian dan memiliki jiwa yang lebih positif.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang
bermaksud : "Barang siapa yang menggembirakan seorang mukmin,
sebenarnya ia menggembirakan diriku, barang siapa yang menggembirakan diriku,
sebenarnya ia menggembirakan Allah".
Sahabat yang dikasihi,
Abu Yazid Al-Busthami, seorang ahli
sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan
keningnya selalu berkerut.
Dengan murung lelaki itu
mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya
beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri
saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas dalam mencari
rezeki tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh
kesulitan?."
Guru menjawab sederhana,
"Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah
S.A.W. adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan
selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah S.A.W. salah satu tanda penghuni neraka
ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."
Lelaki itu tunduk. Ia pun
berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap
kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdulillah, sesudah itu dia
tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.
Memang Allah telah mentakdirkan
manusia sebagai makhluk yang paling indah. Bentuknya begitu sempurna, sehingga
dipandang dari sudut manapun manusia kelihatan cantik dan serasi. Untuk itu
hendaklah kurnia ini jangan dinodai dengan penampilan yang buruk, sebagaimana
kata Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu indah dan
mencintai keindahan."
Namun demikian tidak bererti Islam
mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam
berpakaian, menghias tubuh maupun pada tindakan dalam kehidupan seharian. Nabi
S.A.W. walaupun memakai jubah yang luntur warnanya, tetapi sentiasa
bersih.
Sayyidina Umar bin Khattab
walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan tidak nampakkan
tanda kebesaran diri. Tetapi kerapian berpakaian selalu dijaga. Sikapnya ramah,
wajahnya sentiasa mengukir senyum. Raut mukanya berseri. Tidak hairanlah jika
Imam Hasan Al-Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut
muka yang ramah dan penuh senyuman. Rasulullah juga pernah bersabda bahawa
senyuman adalah sedekah paling murah tetapi besar pahalanya.
Sabda Nabi S.A.W. yang
bermaksud, "Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah."
Oleh itu marilah sama-sama kita
memperbaiki penampilan diri dengan raut wajah yang ceria dan mendamaikan dan
sentiasa senyum tanda hati yang bersih dan tulus ikhlas.
![]() |
| Fisiognomi |
Sumber ((( Thanks For Reading. Please coment and like. )))


Tidak ada komentar:
Posting Komentar